Apa sebenarnya rahasia
serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah s.a.w
sejak 14 abad dahulu ?
Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali
sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke
bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul
Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah Shallallâhu alaihi wa sallam bersabda, “Seluruh bagian tubuh anak Adam akan (hancur) dimakan tanah kecuali tulang ekor, darinya tubuh diciptakan dan dengannya dirakit kembali.”
Berdasarkan
hadith di atas dapat disimpulkan bahawa:
1.
Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2.
Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur.
3.
Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.
KEJADIAN MANUSIA DARI TULANG SULBI
Ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot.
Kemudian pembentukan janin bermula iaitu daripada 1 sel, ia membelah menjadi 2
sel dan setiap sel masing2 membelah lagi dan lagi. Struktur yang mula2 dibentuk
pada janin manusia pada hari ke 14 selepas persenyawaan ialah hujung ekor.
Semasa proses pembentukan janin yang sempurna, hujung ekor ini terus memanjang
dan menjadi benang asas (primitive streak) dan lingkungan asas (notochord).
Kemudian, notochord akan membentuk kepala janin
manakala primitive streak akan membentuk tubuh janin. Setelah ia membentuk
badan dan kepala janin, pita pita asas ini akan berundur secara beransur-ansur
hingga ia masuk semula ke hujung ekor (coccyx).
TULANG SULBI TIDAK AKAN HANCUR
Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya
membuktikan bahawa sel-sel di dalam coccyx tidak akan hancur atau musnah. Dalam
kajian yang dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur dan
memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau
kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan dan ternyata ia masih lagi hidup
dan masih utuh seperti biasa.
Maha suci Allah..begitu agung ciptaan-Nya. Jadi ini
bermakna, meskipun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam
tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun
telah beribu-ribu tahun lamanya.
Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan
tulang sulbi
Dalam AL-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan
manusia pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud "Engkau memasukkan
malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siamg ke dalam malam. Engkau
keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati
daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 3:27).
Maka jasad-jasad akan ditumbuhkan buat kali ke dua
daripada hujung ekor seperti mana ia telah tumbuh buat kali pertama di dalam
rahim ibu.
Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel
tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang-tulang sulbi
yang telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya,
tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk paksi janin yang lain.
"Lebih dari itu, –dan ini yang
terpenting-, ‘ajbu dz-dzanab, atau tulang ekor
–sari rikadatu atau relix dalam bahasa
Hindu-Budha-, berdasarkan penelitian
mutakhir, sebagaimana yang disampaikan oleh Jamil Zaini,
Trainer Asia Tenggara Kubik Jakarta ketika mengisi acara buka puasa bersama di
al Azhar-Solo Baru dengan tajuk, “Inspiring Day; Inspiring
The Spirit of Life”, tulang ekor ini merekam semua
perbuatan anak Adam, dari sejak lahir hingga meninggal dunia. Ia merekam semua
perbuatan baik-buruk mereka. Dan perbuatan mereka ini akan berpengaruh pada
kondisi tulang ekornya. Putih bersih atau hitam kotor. Semakin banyak energy
positif atau kebaikan seseorang maka semakin bersih tulang ekornya, dan semakin
banyak energy negative atau keburukan seseorang maka semakin hitamlah tulang
ekornya."
Dari petunjuk hadist di atas,
Ilmuwan muslim pada paruh kedua abad ke-20 telah mendasarkan pemahaman mereka
mengenai kemukjizatan hadis tentang tulang ekor ini pada kaidah pengetahuan
yang paling dasar, yaitu “Tulang ekor merupakan bagian pertama yang tumbuh dari
janin, biasa disebut dengan primitive streak, yaitu
bagian utama yang terbentuk pada minggu ketiga”. Hal ini membuktikan kebenaran
sabda Rasulullah Saw, “Dari tulang ekorlah kalian akan
dibangkitkan.” darimanakah pengetahuan Nabi yang memerlukan
penelitian ilmiah tersebut?
refrensi : http://subiharon.blogspot.com & http://situsangkakala.blogspot.com